All About Me

My photo
A fun, loving person with a good sense of humor. Casual and modern wear depand on mood, wear specs when i need it, 58kg, 168cm. fit well with my height & weight. i can be simple too. since i have came to a different stage of life, i had forced myself to change, to be a better person. This blog is all about me, frenz activity and my small business with my fren, i enjoy cooking and love food so much i believe everyone can cook if u cook by your heart... 我爱你们...I love u all... ku sayau ke kita smua... aku sayang kamu...
Showing posts with label Info To All (Informasi utk Smua). Show all posts
Showing posts with label Info To All (Informasi utk Smua). Show all posts

Sunday, March 9, 2014

How To Make Chocolate Cups Of Ice Cream

This is all about how to make chocolate cups of ice cream with balloons.
All that is required to make them is a lined cookie sheet, dome balloons,
and some melted chocolate. They look very tasty lol...







Friday, February 21, 2014

Keburukan Menahan Kencing‏


SEKALIPUN terpaksa menghadiri mesyuarat penting atau memandu untuk jarak yang jauh, menahan air kencing bukanlah satu tindakan yang bijak. Air yang ditahan itu hakikatnya kotoran beracun yang perlu dikeluarkan daripada badan. 
Menurut Pakar Urologi, Kesihatan Lelaki dan Pembedahan Robotik, Pusat Perubatan Prince Court, Datuk Dr. Sahabudin Raja Mohamed, menahan diri daripada membuang air kecil akan memberi kesan negatif kepada kesihatan. 
Namun, perkara itu mempunyai kesan yang berbeza mengikut jantina dan usia.
“Kanak-kanak yang menahan kencing terlalu lama boleh menyebabkan masalah besar. Tidak kira lelaki mahupun perempuan, ia boleh meningkatkan kejadian jangkitan saluran kencing.
“Dalam kes yang lebih buruk, ia akan mengakibatkan inkontinens iaitumasalah hilang kawalan untuk menahan kencing,” kata Sahabudin. 
Masalah itu menyebabkan penghidap tidak mampu menahan kencing daripada terkeluar sendiri terutamanya ketika batuk, bersin atau meneran. 
Seseorang juga sukar untuk menahan kencing sehingga dia boleh terkencing di mana-mana sahaja sebelum sempat pergi ke tandas. 
Antara tanda-tanda seseorang itu mendapat masalah inkontinens adalah sering berasa tidak puas ketika membuang air kecil atau aliran air kencing yang lemah. 
Masalah itu boleh terjadi kepada mereka yang mengalami kerosakan ginjal, uretra yang tersumbat ataupun kerosakan saraf akibat diabetes. 
Dalam pada itu, Sahabudin menjelaskan, membuang air kecil sebanyak di antara lima hingga enam kali sehari merupakan situasi yang normal. 
Namun, mereka yang membuang air kecil melebihi lapan   kali sehari menunjukkan keadaan yang sebaliknya. 
“Kencing kurang daripada lapan kali sehari merupakan keadaan yang normal. Urin mereka akan berwarna jernih seperti air paip,” ujarnya. 



Pundi kencing yang berfungsi secara normal ditunjukkan apabila seseorang membuang air kecil dalam tempoh tiga hingga empat jam sekali iaitu tidak lebih lapan kali sehari.Mereka yang normal akan membuang air kecil hanya sekali pada waktu malam.
Jelas Sahabudin lagi, mengurangkan minum air masak bagi mengelakkan seseorang itu kerap ke tandas adalah satu tindakan yang salah.Mereka tidak seharusnya mengurangkan pengambilan air kerana bahan tersebut penting kepada tubuh bagi mengelakkan dehidrasi.
“Jangan mengurangkan kuantiti air yang diminum. Sebaliknya pergilah berjumpa dengan doktor untuk mengatasi masalah itu.“Jika terdapat jangkitan, pesakit perlu dirawat terutamanya mereka yang mengalami pundi kencing terlalu aktif,” katanya lagi.
Antara tanda kencing terlalu aktif adalah sukar menahan kencing, kencing tidak puas, pergi ke tandas melebihi 10 kali sehari dan berlaku kebocoran jika menahannya.
Masalah ini boleh terjadi lebih kerap dalam kalangan wanita muda. Seseorang yang menghadapi masalah ini akan membuang air lebih daripada 10 kali sehari serta tidak dapat menahan kencing.
Antara kaedah yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah itu adalah senaman otot untuk mengawal kencing, latihan pundi kencing dan penggunaan ubatan.Jelas Sahabudin, masalah tersebut sering berlaku akibat kesibukan kerja yang mengundang masalah malas ke tandas selain ketiadaan kemudahan tandas yang bersih.
Sementara itu, melakukan aktiviti seperti memandu sambil menahan air kencing boleh mengundang bahaya. Perbuatan menahan kencing didapati mempunyai kesan yang sama dengan keracunan alkohol atau tidak tidur selama 24 jam secara berterusan.
“Apabila manusia sampai kepada titik kesakitan, mereka tidak mampu berfikir dan membuat keputusan lagi. Ia sama seperti mabuk,” kata profesor neurologi di Universiti Brown di Providence , Pulau Rhode, Amerika Syarikat (AS), Peter Snyder.

Kajian Synder bersama kumpulan penyelidiknya itu memenangi kategori perubatan anugerah Ig Nobel anjuran majalah Annals of Improbable Research (AIR) di AS baru-baru ini. Ig Nobel memberikan anugerah untuk pelbagai kajian yang dianggap melucukan tetapi kemudian membuatkan orang mula berfikir.

Wednesday, January 22, 2014

Mulakan hari anda dengan lemon & air suam

 

Rutin pagi seseorang dilihat amat penting dalam meneruskan hari mereka sebelum pergi ke kerja mahupun memulakan tugasan sebagai pelajar. Tidak kiralah anda seorang ahli sukan, cikgu, pelajar mahupun suri rumah, kesihatan perlu dititik beratkan dan dijaga dengan sebaiknya.  Jika kita di Malaysia , pasti ramai mengatakan bahawa memakan makanan yang berlemak seperti Nasi Lemak, Roti Canai dan juga minuman manis seperti The Tarik adalah kombinasi yang wajib. Namun tidak tahu apa penyebab dari pengambilan lemak dan gula berlebih mampu mengundang penyakit merbahaya seperti tekanan darah tinggi, kencing manis dan juga obesiti.

Oleh yang demikian, cuba tukar rutin harian anda menjadi lebih sihat dan hargai setiap pagi anda dengan menghirup secawan air putih suam bersama hirisan nipis lemon untuk rasai kelainan dan kebaikkan kombinasi tersebut.


Menambahkan tahan ketahanan dalam badan
Lemon kaya dengan Vitamin C dan juga Kalium (potassium) yang amat diperlukan badan. Vitamin C juga bagus untuk melawan demam manakala Kalium mampu melancarkan perjalanan fungsi dan perjalanan darah dengan betul. Oleh yang demikian, amalkan meminum segelas air suam dicampur sehiris lemon untuk dijadikan minuman selepas bangun tidur kerana ketika itu, perjalanan dan urat baru mula berasa tekanan kerja.

Keseimbangan PH

Lemon merupakan makanan berakali tinggi yang menakjubkan. Percaya atau tidak, lemon bertindak sebagai asid sendiri, tetapi di dalam badan kita ianya alkali (asid sitrik tidak wujud sebagai asid semulajadi setelah metabolisme kita meningkat). Jika anda ingin tahu, keseimbangan alkali dalam badan merupakan kunci kepada kesihatan diri. Membantu masalah mengurangkan berat badan
Bagi mereka yang mempunyai masalah berat badan yang sedikit gempal, amalkan rutin harian ini untuk memiliki tubuh badan yang diidamkan, kerana lemon mepunyai khasiat serat pektin yang tinggi, dimana ianya mampu melawan kelaparan. Ianya juga menunjukkan bahawa mereka yang kekal alkali di dalam badan boleh mengurangkan berat badan dengan mudah. Oleh yang demikian, bagi mereka yang gemar makan berat di waktu malam, amalkan rutin ini agar kawalan perut anda berada dalam keadaan seimbang. Masalah penghadaman
Bagi mereka yang berasa ada makanan yang tersekat di ulu hati, cuba tip ini, kerana air suam mampu melancarkan makanan yang tersekat di ulu hati, manakala lemon pula bertindak sebagai mineral dan vitamin yang membantu perjalanan sistem penghadaman anda. Pembersihan air kencing
Jus lemon membantu membuang bahan yang tidak diperlukan badan kerana lemon menaikkan tahap kekerapan membuang air kencing dalam satu-satu masa ( ianya bagus untuk badan kerana kencing membuang toksik) . Oleh yang demikian, jika anda amalkan minum Jus lemon, tahap kebersihan air kencing anda akan meningkat dan sihat. Kulit cerah dan bersih
Seharian kita didedahkan dengan cuaca yang terik dan habuk yang banyak. Mulakan hari anda dengan menghalang kulit anda dari terus rosak dan dari dijangkiti kuman yang tidak menentu dengan minum air lemon. Pasti dalam beberapa lama, kulit anda akan ada perubahan. Mengelakkan dehidrasi
Air yang mencukupi amat penting untuk membantu perjalanan sistem di dalam badan kita. Lemon membantu menghalang keletihan dan dehidrasi. Apabila badan anda mengalami dehidrasi anda akan automatik merasa keletihan. Fungsi yang mengawal sistem dalam badan yang menghalang dari berasa keletihan dan lesu tidak dapat bergerak dengan betul jika tidak meminum air dengan kuantiti yang banyak dimana ianya akan terus mengurangkan tenaga dalam badan yang membawa kepada stress.

Tuesday, January 21, 2014

10 Jenis Kucing paling popular dan Mahal Di Dunia

Kucing adalah makhluk yang indah di dunia. Kucing adalah haiwan peliharaan yang paling dicintai di rumah dan persekitaran. Kucing, adalah mamalia karnivor kecil yang dihargai oleh manusia untuk persahabatan dan kemampuannya untuk memburu kutu dan hama rumah.
Kucing telah dikaitkan dengan manusia lebih kurang 9.500 tahun, dan pada masa ini kucing paling popular di dunia. Ketika membuat keputusan untuk memiliki binatang peliharaan, 10 jenis kucing berikut adalah paling popular.Kucing lucu, baik, dan dianggap jinak bagi kanak-kanak. Sebenarnya, kucing adalah binatang peliharaan mudah dipelihara. Kucing adalah sahabat yang sempurna. Kucing tidak memerlukan banyak penjagaan dari pemiliknya.Kucing hanya harus teratur diberi makan. Kucing juga memerlukankan tempat berlindung.











1. Persian cat
Persia adalah seekor kucing berbulu panjang yang dikenali dengan wajah bulat dan mulut pendek. Pesian adalah kucing yang paling popular kerana sangat penyayang dan setia.
Salah satu jenis kucing tertua, namanya sempena nama tempat asalnya, Persia ( Iran ). Diakui oleh peminat kucing sejak akhir abad 19, diperkenalkan pertama kali di England , dan oleh penternak Amerika selepas Perang Dunia Kedua.  Persia mempunyai harga yang tinggi dan perlu rawatan pemeliharaan setiap hari, bulunya adalah sangat susah untuk dijaga rapi. Kadang-kadang tumbuh sehingga 3 inci panjangnya! Persia memerlukan persekitaran yang nyaman untuk merasa aman.












 
 
 
2. Siamese cat
Asal namanya Siamese tidak diketahui, tetapi diyakini berasal dari Asia Tenggara. Kucing ini berkembang biak dari Siamese Moden menunjukkan bentuk tubuh rapi, ramping, bergaya, fleksibel dan badan berotot. Kepala berbentuk segitiga, dengan mulut kecil. Mata berbentuk almond dan cembung. Bulu pendek, berkilat, halus, lembut, padat dan sesuai dengan badan. Siamese dikenali dengan skema warna khas yang tajam.Kucing ini ramping dan cergas dengan telinga yang besar. bulu yang pendek dan terletak berhampiran dengan kulitnya. Kucing ini suka dibelai, dan sangat setia dan rapat dengan seseorang. Kucing ini sangat cerdas dan penuh kasih sayang. Kucing ini sangat mudah berinteraksi, berbunyi dengan suara serak untuk perhatian atau hanya untuk diajak berinteraksi! Kucing ini cenderung mendapat perhatian ramai atau kuat menangis jika anda mengabaikannya.












 
 
 
3. The Maine Coon cat
The Maine Coon mempunyai struktur tulang yang besar, dengan bentuk badan persegi, dan bulu panjang menjalar dibadannya. Pembiakkannya dapat dilihat dalam berbagai warna dan dikenali melalui kecerdikannya. Bagi kucing jantan kebanyakan berat badannya 12-18 paun, pada berat betinanya biasanya 10-14. Kucing ini kuat, lembut dan manja dengan bulu panjang tetapi tidak memerlukan banyak bpenjagaan rapi seperti Persia .
 


 
 
 


 
4. Abyssinian cat
The Abyssinian adalah jenis kucing peliharaan dengan bulu yang sebegitu menarik. Ada banyak cerita tentang asal-usulnya, ramai yang mengatakan ianya berasal dari Mesir, tetapi asal-usul yang sebenarnya tidak pasti. The Abyssinian telah menjadi salah satu yang paling popular keturunan kucing bulu pendek di Amerika Syarikat. Bulu separa-panjang, padat, dan lembut untuk disentuh. The Abyssinian mempunyai bulu yang luar biasa cukup untuk menarik perhatian.Abyssinians sangat aktif, sibuk dan lucu, dan kucing ini menyayangi manusia. 

5. Ragdoll cat
The Ragdoll adalah salah satu jenis kucing peliharaan terbesar dengan bentuk badan tegap, tapak kaki besar dan seimbang. Kucing ini berkembang biak dengan mata biru dan bulu colorpointyang berbeza. Ini adalah kucing semi-artis besar dan berotot dengan bulu yang lembut dan halus.
Kucing ini sangat lembut, santai dan penuh kasih sayang. Kucing ini begitu jinak namun ianya berbahaya untuk ditinggalkan di rumah sendirian kerana kucing ini tidak dapat mempertahankan diri jika diserang haiwan lain.
 
6. The Exotic Cat
The Exotic Shorthair mempunyai sifat lembut dan tenang dari Persia , Sifat ingin tahu dan suka bermain, kucing ini mesra terhadap kucing dan anjing lainnya. Kucing ini jarang mengeluarkan bunyi. Kucing ini tidak suka ditinggalkan sendirian, dan memerlukan kehadiran tuannya.
 
7. Savannah Cat
Kucing ini merupakan kacukan silang antara kucing serval dan kucing rumah.Savana umumnya ibandingkan dengan anjing dalam kesetiaan, dan kucing ini akan mengikuti tuannya di sekitar rumah seperti juga anjing. Savana juga dapat dilatih untuk berjalan di atas tali, dan malah menyambut tetamu. Savana dilaporkan sebagai sangat sosial dan mesra dengan orang-orang baru, dan kucing lain dan anjing, sementara yang lain ada bersembunyi atau kembali mendesis dan marah ketika melihat orang asing. Kucing ini sering belajar bagaimana untuk membuka pintu dan almari, Savana merupakan kucing yang tidak takut dengan air. Beberapa pemilik kucing juga mandi dengan kucing Savana.



8. Burmese Cat
Burma dianggap sebagai kucing bulu pendek asing di Amerika Syarikat. Warna mata kucing ini adalah berwarna emas atau kuning. Badan ini dikenali kerana berkilau, dengan satin finish. Seperti kebanyakan kucing berbulu pendek, tidak memerlukan rawatan tambahan.

 


9. Manx Cat
The Manx adalah jenis kucing dengan mutasi semulajadi tulang belakang. Mutasi ini ekornya lebih pendek. Manx dikatakan pemburu unggul dan dikenali untuk menangkap mangsa yang lebih besar malah ketika masih muda. Kucing ini sering dicari oleh petani dengan masalah haiwan perosak seperti tikus. Kaki belakang Manx lebih panjang daripada kaki depan, menciptakan satu henjutan yang berkesinambungan dari bahu ke punggung kucing memberikan penampilan yang kuat.
Telinga kucing lebih kecil dari keturunannya dan Manx boleh ada dalam pelbagai warna, termasuk Tortoise-shell, Tabby, Calico, dan semua warna bulu padat. Kepala yang bentuknya bulat, dan seringkali sangat ekspresif, dengan mata lucu dan hidung kecil.

 


10. Sphynx Cat
The Sphynx (juga dikenali sebagai kucing Kanada Mexico ) adalah jenis kucing yang dikenali kerana kurangnya bulu. The Sphynx kelihatan seperti kucing berbulu, tetapi tidak benar-benar berbulu. Tekstur kulit menyerupai kulit Chamois. Hal tersebut dapat dilindungi dengan sangat pendek, bulu halus, tidak seperti buah pea. Memandangkan Kucing sphynx mahu untuk tetap hangat , kucing ini bertempek kepada haiwan lain dan manusia. Malah cenderung berpelukan dan tidur dengan tuannya di bawah selimut. Kurangnya bulu menjadikan kucing cukup terasa pada sentuhan kulit .
Kucing ini biasa dikenali melalui pola (padat, tompok, van, kucing, tortie, dll) dapat ditemui pada kulit Sphynx. Oleh kerana kurangnya bulu, Sphynxes memerlukan proses cuci biasa kerana tidak ada bulu untuk menyerap minyak semulajadi di kulitnya. Sphynxes dikenali kerana sifatnya yang ekstrovert. Kucing ini menampilkan tahap tenaga yang tinggi, kecerdasan, rasa ingin tahu, dan kasih sayang untuk tuannya. Kucing ini memiliki mata yang luar biasa besarnya.


Monday, January 20, 2014

DIY hand made cardboard Stationery Box

Hii hapi monday to all...
Today i wanna shared how to do DIY hand made cardboard Stationery Box...
Just follow below step...this idea was send by my fren to me by email and happy to shared wit u all...


 This box is easy to put together if you precisely cut all the cardboard details.




Tuesday, May 1, 2012

Hapi Labour Day

Happy Labour Day / Selamat Hari Buruh buat semua..... Kita harus bersyukur kerna mempunyai keja tetap dan di hari ini kita juga dihargai dengan ada nya hari buruh...

Dikesempatan cuti umum ini luangkan masa bersama teman2 org tersayang serta keluarga tercinta....

Salute you on a Special Day

For all the hard work you do
Celebrate With Joy
This very very happy
May 1st Workers Day

Thursday, September 22, 2011

Zee Avi - Mee Kolok Sigek



Zee Avi yang pernah menggegarkan industri muzik tempatan dengan lagunya Bitterheart dan Kantoi telah muncul dengan album kedua beliau yang berjudul Ghostbird. Bakatnya yang ditemui menerusi Youtube ini mempetaruhkan single pertama berjudul The Book of Morris Johnson, Zee Avi juga tidak melupakan asal usul beliau apabila turut menyelitkan sebuah lagu yang dinyanyikan dalam bahasa Sarawak yang berjudul Siboh Kitak Nangis. Album yang memuatkan 11 lagu ini mendapat sentuhan daripada penerbit terkenal Bebel Gilberto dan Mario Caldato, Jr yang sebelum ini pernah menerbitkan album untuk Beastie Boys dan lain-lain lagi. Kamek Bangga adanya anak sarawak yg berjaya dipersada dunia muzik antarabangsa... God Bless You Zee Avi... Kamek tertarik ngan lagu Mee Kolok Sigek (maksudnya mee kolok satu lagi) khas buat semua member di sarawak, setiap pagi sebelum keja mesti makan mee kolok tak kira yg biasa atau yg special...


http://www.youtube.com/watch?v=wAtzh7rPfMI&feature=related


Datang ke Kota Kuching untuk cari ilham
Datang ke Kota Kuching mencarik arah perjalanan
Di Kota Kuching idup memang lagik tenang
Di Kota Kuching kita mencarik pengertian

Bungkus mee kolok sigek pakei makan pagi
Malam tok kita begumpul di depan rumah Ali

Kita beloya
Kita bekelakar
Lamak sik nengar cerita

Lamak sik jumpa
Lamak sik nangga
Padah lok apa berita

Hujung minggu tok kita rami-rami pergi pantei
Tapi ari tok kita nait penambang seberang sungei
Sungei menjadi pembahagi dua idup berbeza

Tapi akhir kata
Kita semua sama
Kita semua sama...

Negeri Sarawak akan selalu dekat di hati ku
Di mana jua kan ku berada tak akan lupa
Bumiii... Kenyaaalang ku
Bumiiii... Kenyaaalangggg... ku...

Sunday, September 4, 2011

Tahukah Anda Makanan Penghilang Bau Badan

Bau badan merupakan masalah yang dapat menurunkan tingkat kepercayaan diri seseorang. Bau tidak sedap yang dikeluarkan dari tubuh adalah disebabkan karena banyak hal.

Salah satu faktor yang menyebabkan bau badan adalah makanan. Dikutip dari hoswtuffworks, jenis bawang-bawangan, kunyit, daging merah dan makanan pedas, merupakan makanan pemicu aroma yang tidak sedap. Untuk itu, Anda perlu mencegah makanan yang disebutkan tadi, setidaknya mengurangi makanan-makanan tersebut.

Namun, ada juga makanan yang dapat mencegah bau badan. Apa sajakah itu? Berikut empat makanan yang dapat memngurangkan aroma tubuh yang kurang sedap.

Tomato
Tomato merupakan antiseptik alami yang dapat membunuh berbagai macam bakteria, termasuk bakteria yang membuat tubuh beraroma kurang sedap. Seperti dikutip Curebum, bau badan boleh hilang dengan sering minum jus tomato. Disarankan minum jus tomato sebanyak tiga kali sehari. Jus tomato tidak hanya diminum, tapi boleh juga dicampurkan dalam bathtub, sebagai penambah ritual mandi Anda.


Teh hijau
Bau badan mungkin disebabkan oleh faktor lingkungan, seperti polusi, matahari dan debu. Bau badan karena faktor lingkungan dapat diatasi dengan bahan yang mengandung antioksidan. Antioksidan yang baik untuk mengalahkan aroma tidak sedap pada tubuh adalah teh hijau. Teh hijau juga memiliki aroma khas. Bila rajin meminumnya, maka bau segar dari teh hijau dapat keluar dari dalam tubuh.

Seledri
Seperti dikutip Foodscout, daun seledri dapat melawan bau badan. Kandungan seledri dapat melawan racun yang ada di dalam tubuh penyebab bau badan. Jadi, jangan lupa memasukkan seledri dalam makanan sehat Anda.

Jus rumput
Jenis rumput tertentu dapat dijadikan sebagai minuman. Mungkin kedengarannya aneh, tapi jus rumput sudah banyak dijual di gerai minuman yang ada di mall-mall, khasiat jus rumput dipercaya dapat mengatasi aroma tidak sedap pada tubuh.

Saturday, September 3, 2011

Info utk semua : Elak jadi mangsa strok haba



CUACA PANAS MEMBERI TEKANAN FIZIKAL KEPADA TUBUH MANUSIA!
Kesan terhadap kesihatan boleh jadi dari tahap sederhana kepada yang boleh menyebabkan maut contohnya akibat strok haba. Kumpulan yang lebih berisiko adalah mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar.

RISIKO 10 KALI GANDA bagi mereka yang berumur lebih daripada 40 tahun,
kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah, Penghidap penyakit sistem pernafasan,
Penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.

GEJALA CUACA PANAS MELAMPAU
1. Sakit kepala
2. Keletihan
3. Lemah tumpuan
4. Pening
5. Lemah otot–otot atau kekejangan
6. Mual dan muntah Keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan dan tidak sedarkan diri (koma).




MENGURANGKAN KESAN TERHADAP KESIHATAN
- Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan. Jangan tunggu sehingga anda dahaga.
- Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.
- Sejauh yang mana yang boleh, anda perlu berada di dalam rumah/bangunan.
- Hadkan aktiviti luar Dan Kerap berehat.
- Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan anda Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang dan longgar.
- Pakai topi atau payung yang besar.

ELAKKAN!
1. Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi.
2. Membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup.
3. Bersenam dalam cuaca panas

PETUA-PETUA JIKA MENGALAMI MASALAH BERKAITAN DENGAN SUHU PANAS
1. Keluar dari kawasan yang panas
2. Tanggalkan pakaian yang ketat
3. Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan
4. Gunakan kipas untuk sejukkan badan
5. Minum air setiap 15 minit
6. Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal

Wednesday, August 31, 2011

Info Kesihatan Badan



Benarkah lelaki lebih mudah mengalami masalah bau badan?

-Mengapa badan lelaki lebih cenderung berbau berbanding badan wanita? Salah satu faktornya adalah kadar hormon testosteron lelaki lebih tinggi. Hormon ini mempengaruhi aktiviti dari kelenjar aprokin untuk menghasilkan peluh. Selain itu juga kaum lelaki ada sesetengahnya kurang mementingkan soal kebersihan tubuh badan mereka. Namun masalah bau badan ini pada asasnya bergantung pada individu itu sendiri dalam menjaga kebersihan diri.

Ketahui Penyebab Bau Badan

- Udara yang panas dan lembap seringkali menyebabkan badan kita tidak selesa ini menyebabkan kita mudah berpeluh sehingga menyebabkan bau badan.

- Pada awalnya peluh yg keluar tidak berbau tetapi badan akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan apabila berlakukan pembiakan bakteria..

- Tidak dinafikan juga faktor pemakanan seperti makan makanan pedas, bawang, alkohol dan keturunan serta persekitaran juga menyebabkan seseorg mudah mengalami masalah bau badan.


Berikut Beberapa Tips Membantu Anda Dalam Menyelesaikan Masalah Bau Badan.

1. Mandi sekurang-kurangnya 3kali sehari bagi yg kuat berpeluh, dan 2kali bagi yg normal serta lap lah tuala yg bersih dan kering. Pastikan tuala anda dicuci setiap 3hari sekali.

2. Selepas bersenam atau melakukan aktiviti luar biasakan diri utk mandi. Minum byk air dan pastikan utk melakukan proses pendinginan badan.

3. Gunakan pewangi, losen badan, bedak yg sesuai dgn anda atau deodoran yg mengandungi anti bakteria atau perspirant. Pastikan bahan tersebut tidak terjadi keradangan atau reaksi pada kulit anda....

4. Pakai pakaian yg bersih dan tidak lembap agar tidak mengundang bakteria pada kulit.

5. Jika perlu cukur bulu dibahagian yg mudah berkumpul bakteria seperti ketiak dan bahagian alat sulit, gunakan sabun anti septik membersihkan tubuh dibahagian tersebut.

6. Makan byk sayur-sayuran dan juga minum byk air, pastikan kurangkan makan makanan yg boleh mendatangkan bau badan seperti makanan yg pedas dan bermpah.



Selamat mencuba tips tersebut kerna menjaga kebersihan diri bukan hanya wanita sahaja, zaman sekarang lelaki juga harus pentingkan kebersihan diri juga apa salah nya jika andan ingin manjakan diri anda ke salon atau spa.... salam manis dari saya..

Monday, August 8, 2011

Sos Tomato Pencuci Karat

Percaya atau tidak bahawa sos tomato boleh mencuci karat :)
jom kita lihat hasilnya.....


01. cari benda kat umah yg berkarat.


02. sapu kan sos tomato pada bahagian yg hendak dicuci karatnya.


03. gosok perlahan dgn mengunakan berus pencuci yg lembap.



04. lihatlah hasil nya so amazing kan :) selamat mencuba....

Sunday, June 13, 2010

Costly Mistakes People Make With GPS And Cell Phone‏

With all the new electronic technology - this experience gives all of us something to think about.

GPS

A couple of weeks ago a friend told me that someone she knew had their car broken-into while they were at a Football game. Their car was parked on the green which was adjacent to the football stadium and specially allotted to football fans. Things stolen from the car included:
a garage door Remote Control, some money and a GPS which had been prominently mounted on the dashboard.
When the victims got home, they found that their house had been ransacked and just about everything worth anything had been stolen.

1. The thieves had used the GPS to guide them to the house.
2. They then used the Garage Remote Control to open the garage door and gain entry to the house.
3. The thieves knew the owners were at the football game, they knew what time the game was scheduled to finish and so they knew how much time they had to clean out the house.
4. It would appear that they had brought a truck to empty the house of its contents.

Something to consider if you have a GPS -
don't put your home address in it. Put a nearby address (like a store or gas station) so you can still find your way home if you need to, but no one else would know where you live if your GPS were stolen.

MOBILE PHONES
I never thought of this.......

This lady has now changed her habit of how she lists her names on her mobile phone after her handbag was stolen. Her handbag, which contained her cell phone, credit card, wallet... Etc...was stolen. 20 minutes later when she called her husband from a Pay Phone telling him what had happened, he said 'I received your text asking about our Pin Number and I've replied a little while ago.' When they rushed down to the Bank, their money was already withdrawn. The thief had actually used the stolen cell phone to text 'Hubby' in the Contact List and got hold of the Pin Number.. Within 20 minutes he had withdrawn considerable amount of money from their Bank Account.

Moral of the lesson:
Do not disclose the relationship between you and the people in your Contact List.

Avoid using names like Home, Honey, Hubby, Sweetheart, Dad, Mom, etc....
And very importantly, when sensitive info is being asked through texts, CONFIRM by calling back.

Also, when you're being text by friends or family to meet them somewhere, be sure to call them back to Confirm that the Message came from them. If you don't reach them, be very careful about going places to meet 'family and friends' who text you.

*PLEASE PASS THIS ON
*I never thought about the above!
As of now, I no longer have 'Home' listed on my cell phone.

Sunday, April 11, 2010

Pertandingan Separuh Akhir Bintang Aiminnal (Keputusan)

Pertandingan bintang Aiminnal 1Malaysia iaitu porgram Realiti Tv anjuran RTM mencungkil bakat bukan melayu dalam bidang nyanyian pada malam ini 11 April 2010 menyaksikan perserta dari sabah memenanginya.

Berlangsung dalam konsep 1Malaysia peserta terdiri daripada berbilang kaum. Peserta peringkat akhir ini terpaksa menghadapi sesi saringan sebelum memasuki peringkat akhir pada malam ini nampaknya yang terbaik diantara yang terbaik 10 peserta akhir mempersembahankan bakat mereka.

Syabas kepada RTM kerana menganjurkan pertandingan seperti ini yg harusr diteruskan pada tahun akan datang bagi mencungkil bakat bukan melayu dalam industri muzik tempatan...

Tahniah buat pemenang:
Johan: Wen (Kota Kinabalu, Sabah)
- Hadiah Rm 20,000
Naib Johan: Bonny (Sandakan, Sabah)
- Hadiah Rm 15,000
Ketiga: Iris
- Hadiah Rm 10,000

Bintang Paling Popular: Emily - Hadiah Rm 5000
Pemenang Saguhati: Hadiah Rm 2000 setiap seorang.


Monday, November 23, 2009

Rahsia Bulan Kelahiran Anda

Berikut disenaraikan hasil kajian selama 25 tahun mengenai bulan dan
sikap anda, yang telah dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato'Dr.Fadzilah
Kamsah.




JANUARI
* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI
* Berfikiran abstrak.
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
* Bijak dan pintar
* Berpewatakan yang mudah berubah.
* Mudah menawan orang lain.
* Agak pendiam.
* Pemalu dan rendah diri.
* Jujur dan setia pada segalanya.
* Keras hati untuk mencapai matlamat.
* Tidak suka dikongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong.
* Suka kegiatan yang lasak.
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
* Mudah mempamerkan marahnya.
* Tidak suka benda yang remeh-temeh.
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
* Sangat berani dan suka memberontak.
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka hiburan dan sukan.
* Suka benda yang bersifat seni.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
* Belajar untuk mempamerkan emosi

MAC
* Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.
* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

APRIL
* Sangat aktif dan dinamik.
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
* Punya daya mental yang sangat kuat.
* Suka diberi perhatian.
* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
* Sangat berani dan tiada perasaan takut.
* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
* Emosi cepat terusik.
* Cuba kawal perasaan.
* Kecenderungan bersifat pendendam.
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
* Kuat daya ingatan.
* Gerak hati yang sangat kuat.
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu

MEI
* Keras hati & degil.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros

JUN
* Berfikiran jauh & berwawasan.
* Mudah ditawan kerana sikap baik.
* Berperangai lemah lembut.
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
* Idea yang terlalu banyak di kepala.
* Bersikap sensitif.
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
* Bersikap suka menangguh-nangguh.
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
* Cepat marah & cepat sejuk.
* Suka bercakap & berdebat.
* Suka buat lawak & bergurau.
* Otaknya cerdas berangan-angan.
* Mudah berkawan & pandai berkawan.
* orang yang sangat tertib.
* Pandai mempamerkan sikap.
* Mudah kecil hati.
* Mudah kena selsema.
* Suka berkemas.
* Cepat rasa bosan.
* Sikap terlalu memilih & cerewet.
* Kurang mempamerkan perasaan.
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
* Suka pada barang yang berjenama.
* Mudah menjadi eksekutif.
* Kedegilan yang tidak terkawal.
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

JULAI
* Sangat suka didamping.
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
* Berjiwa sentimental.
* Jarang berdendam.
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh.
* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
* Minta disayangi.
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.
* Rajin dalam membuat kerja

OGOS
* Suka berlawak.
* Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.
* Cepat marah & mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
* Cepat berfikir.
* Fikiran yang berdikari.
* Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan

SEPTEMBER
* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
* Sangat cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* orang yang banyak berfikir.
* Daya pentaakulan yang baik.
* Otak bijak & mudah belajar.
* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.
* Bersistematik

OKTOBER
* Suka berbual.
* Suka orang yang sayang padanya.
* Suka ambil jln tengah.
* Sangat menawan & sopan santun.
* Kecantikan luar & dalam.
* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
* Sentiasa berkawan.
* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
* Cepat marah.
* Macam pentingkan diri sendiri.
* Tidak menolong orang kecuali diminta.
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
* Tidak suka terima pandangan orang lain.
* Emosi yang mudah terusik.
* Suka berangan & pandai bercakap.
* Emosi yang kelam kabut.
* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
* Suka melancong, bidang sastera & seni.
* Pengasih, penyayang & lemah lembut.
* Romantik dalam percintaan.
* Mudah terusik hati & cemburu.
* Ambil berat tentang orang lain.
* Suka kegiatan luar.
* orang yang adil.
* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
* Mudah patah semangat


NOVEMBER
* Banyak idea dalam perkara.
* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
* Berfikiran kehadapan.
* Berfikiran unik dan bijak.
* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
* Pemikiran yang tajam.
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
* Sesuai jadi seorang doktor.
* Cermat dan teliti.
* Personaliti yang dinamik.
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
* Terlalu degil dan keras hati.
* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
* Tak suka marah kecuali digugat.
* Mudah ambil berat terhadap orang lain.
* Pandai muhasabah diri.
* Cara berfikir yang lain dari orang lain.
* Otak yang sangat tajam.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Tidak hargai pujian.
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
* Cuba sampai berjaya.
* Badan yang sasa.
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
* Suka duduk d irumah.
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
* Bercita-cita tinggi.
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER
* Sangat setia dan pemurah.
* Bersifat patriotik.
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
* Bercita-cita tinggi.
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
* Seronok bila didampingi.
* Suka bercampur dengan orang.
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
* Tidak pandai berpura-pura.
* Cepat marah.

Monday, November 9, 2009

13 Cara Traditional Memantapkan Tenaga Batin

1. Kenapa jangan amalkan "ais" - zakar menjadi sejuk & nyilu.

2. Minum air ketika makan.

3. Jangan makan makanan "sejuk"

4. Elak makanan berkuah

5. Tahan nafas ketika minum air

6. Sejukkan badan sebelum minum air

7. Jangan makan Chicken Wings

8. Jangan minum air selepas 11 malam

9. Jangan minum air selepas bersetubuh

10. Jaga kedudukan semasa memandu, duduk di atas kerusi, elak dari sakit pinggang.

11. Jangan melancap menggunakan sabun & melancap dalam air

12. Elak kencing dalam takungan air, sebaiknya kencing di atas batu atau simen keras.

13. Cuba tahan kencing pertama di waktu pagi selepas bangun tidur (jangan lepaskan semua air kencing sekali gus, lepas sedikit sedikit)

Wednesday, November 4, 2009

CARA UNTUK KURUS TANPA UBAT-UBATAN‏

· JANGAN BERLAPAR

· Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar muscle(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

· AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN

· Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

· MINUM 8 GELAS AIR SEHARI

· Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

· ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS

· Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

· KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM

· Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

· AMBIL SARAPAN PAGI

· Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula didalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

· MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN

· Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

· KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL

· Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

· Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

· Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

· Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.

· Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

· Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.

· Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet

· Ambil makanan yang berempah Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

· Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

· SIMPAN SATU DIARI

· Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.

· TUMPUKAN PERHATIAN UNTUK SIHAT, BUKAN KURUS

· Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

· Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

· Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

· Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

· Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

· Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

· Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

· Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing

o Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat

o Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif

o Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam

o Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah

o Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha."