All About Me

My photo
A fun, loving person with a good sense of humor. Casual and modern wear depand on mood, wear specs when i need it, 58kg, 168cm. fit well with my height & weight. i can be simple too. since i have came to a different stage of life, i had forced myself to change, to be a better person. This blog is all about me, frenz activity and my small business with my fren, i enjoy cooking and love food so much i believe everyone can cook if u cook by your heart... 我爱你们...I love u all... ku sayau ke kita smua... aku sayang kamu...

Saturday, September 3, 2011

Info utk semua : Elak jadi mangsa strok haba



CUACA PANAS MEMBERI TEKANAN FIZIKAL KEPADA TUBUH MANUSIA!
Kesan terhadap kesihatan boleh jadi dari tahap sederhana kepada yang boleh menyebabkan maut contohnya akibat strok haba. Kumpulan yang lebih berisiko adalah mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar.

RISIKO 10 KALI GANDA bagi mereka yang berumur lebih daripada 40 tahun,
kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah, Penghidap penyakit sistem pernafasan,
Penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.

GEJALA CUACA PANAS MELAMPAU
1. Sakit kepala
2. Keletihan
3. Lemah tumpuan
4. Pening
5. Lemah otot–otot atau kekejangan
6. Mual dan muntah Keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan dan tidak sedarkan diri (koma).




MENGURANGKAN KESAN TERHADAP KESIHATAN
- Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan. Jangan tunggu sehingga anda dahaga.
- Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.
- Sejauh yang mana yang boleh, anda perlu berada di dalam rumah/bangunan.
- Hadkan aktiviti luar Dan Kerap berehat.
- Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan anda Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang dan longgar.
- Pakai topi atau payung yang besar.

ELAKKAN!
1. Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi.
2. Membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup.
3. Bersenam dalam cuaca panas

PETUA-PETUA JIKA MENGALAMI MASALAH BERKAITAN DENGAN SUHU PANAS
1. Keluar dari kawasan yang panas
2. Tanggalkan pakaian yang ketat
3. Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan
4. Gunakan kipas untuk sejukkan badan
5. Minum air setiap 15 minit
6. Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal

No comments:

Post a Comment