Zee Avi yang pernah menggegarkan industri muzik tempatan dengan lagunya Bitterheart dan Kantoi telah muncul dengan album kedua beliau yang berjudul Ghostbird. Bakatnya yang ditemui menerusi Youtube ini mempetaruhkan single pertama berjudul The Book of Morris Johnson, Zee Avi juga tidak melupakan asal usul beliau apabila turut menyelitkan sebuah lagu yang dinyanyikan dalam bahasa Sarawak yang berjudul Siboh Kitak Nangis. Album yang memuatkan 11 lagu ini mendapat sentuhan daripada penerbit terkenal Bebel Gilberto dan Mario Caldato, Jr yang sebelum ini pernah menerbitkan album untuk Beastie Boys dan lain-lain lagi. Kamek Bangga adanya anak sarawak yg berjaya dipersada dunia muzik antarabangsa... God Bless You Zee Avi... Kamek tertarik ngan lagu Mee Kolok Sigek (maksudnya mee kolok satu lagi) khas buat semua member di sarawak, setiap pagi sebelum keja mesti makan mee kolok tak kira yg biasa atau yg special...
http://www.youtube.com/watch?v=wAtzh7rPfMI&feature=related
Datang ke Kota Kuching untuk cari ilham
Datang ke Kota Kuching mencarik arah perjalanan
Di Kota Kuching idup memang lagik tenang
Di Kota Kuching kita mencarik pengertian
Bungkus mee kolok sigek pakei makan pagi
Malam tok kita begumpul di depan rumah Ali
Kita beloya
Kita bekelakar
Lamak sik nengar cerita
Lamak sik jumpa
Lamak sik nangga
Padah lok apa berita
Hujung minggu tok kita rami-rami pergi pantei
Tapi ari tok kita nait penambang seberang sungei
Sungei menjadi pembahagi dua idup berbeza
Tapi akhir kata
Kita semua sama
Kita semua sama...
Negeri Sarawak akan selalu dekat di hati ku
Di mana jua kan ku berada tak akan lupa
Bumiii... Kenyaaalang ku
Bumiiii... Kenyaaalangggg... ku...
No comments:
Post a Comment