Benarkah lelaki lebih mudah mengalami masalah bau badan?
-Mengapa badan lelaki lebih cenderung berbau berbanding badan wanita? Salah satu faktornya adalah kadar hormon testosteron lelaki lebih tinggi. Hormon ini mempengaruhi aktiviti dari kelenjar aprokin untuk menghasilkan peluh. Selain itu juga kaum lelaki ada sesetengahnya kurang mementingkan soal kebersihan tubuh badan mereka. Namun masalah bau badan ini pada asasnya bergantung pada individu itu sendiri dalam menjaga kebersihan diri.
Ketahui Penyebab Bau Badan
Ketahui Penyebab Bau Badan
- Udara yang panas dan lembap seringkali menyebabkan badan kita tidak selesa ini menyebabkan kita mudah berpeluh sehingga menyebabkan bau badan.
- Pada awalnya peluh yg keluar tidak berbau tetapi badan akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan apabila berlakukan pembiakan bakteria..
- Tidak dinafikan juga faktor pemakanan seperti makan makanan pedas, bawang, alkohol dan keturunan serta persekitaran juga menyebabkan seseorg mudah mengalami masalah bau badan.
Berikut Beberapa Tips Membantu Anda Dalam Menyelesaikan Masalah Bau Badan.
1. Mandi sekurang-kurangnya 3kali sehari bagi yg kuat berpeluh, dan 2kali bagi yg normal serta lap lah tuala yg bersih dan kering. Pastikan tuala anda dicuci setiap 3hari sekali.
2. Selepas bersenam atau melakukan aktiviti luar biasakan diri utk mandi. Minum byk air dan pastikan utk melakukan proses pendinginan badan.
3. Gunakan pewangi, losen badan, bedak yg sesuai dgn anda atau deodoran yg mengandungi anti bakteria atau perspirant. Pastikan bahan tersebut tidak terjadi keradangan atau reaksi pada kulit anda....
4. Pakai pakaian yg bersih dan tidak lembap agar tidak mengundang bakteria pada kulit.
5. Jika perlu cukur bulu dibahagian yg mudah berkumpul bakteria seperti ketiak dan bahagian alat sulit, gunakan sabun anti septik membersihkan tubuh dibahagian tersebut.
6. Makan byk sayur-sayuran dan juga minum byk air, pastikan kurangkan makan makanan yg boleh mendatangkan bau badan seperti makanan yg pedas dan bermpah.
Selamat mencuba tips tersebut kerna menjaga kebersihan diri bukan hanya wanita sahaja, zaman sekarang lelaki juga harus pentingkan kebersihan diri juga apa salah nya jika andan ingin manjakan diri anda ke salon atau spa.... salam manis dari saya..
No comments:
Post a Comment