All About Me

My photo
A fun, loving person with a good sense of humor. Casual and modern wear depand on mood, wear specs when i need it, 58kg, 168cm. fit well with my height & weight. i can be simple too. since i have came to a different stage of life, i had forced myself to change, to be a better person. This blog is all about me, frenz activity and my small business with my fren, i enjoy cooking and love food so much i believe everyone can cook if u cook by your heart... 我爱你们...I love u all... ku sayau ke kita smua... aku sayang kamu...

Sunday, September 18, 2011

3 Pokok Tertua Di Dunia

Spruce Ione Norway 9550 tahun






Tingginya hanya 4 meter, namun sebatang pokok jenis cemara, yang masih hidup di Sweden , diketahui berusia 9.550 tahun. Hidup sejak akhir zaman ais, pokok tersebut tercatat sebagai yang tertua di dunia pada masa ini.

Spesies pohon spruce Ione Norway ini ditemui pada tahun 2004. Para pengkaji menemuinya di sekitar semak-semak pergunungan pada ketinggian 910 meter di Provinsi Dalarna , Sweden . Pokok ini adalah biasa kerana penduduk sering digunakan sebagai pokok Natal .

“Usianya yang sangat panjang kemungkinan besar dicatat pada kemampuannya mengklon diri sendiri,” ujar Leif Kullman, profesor eologi dan persekitaran hidup di Universiti Umea , Sweden . Batang dan rantingnya memang diketahui dapat bertahan hidup hingga 600 tahun. Kullman menjelaskan, semasa batangnya mati, batang baru akan dibentuk dari akarnya sehingga umurnya menjadi sangat panjang.
Pokok ini lebih tua dari pinus Bristlecone di White Mountain California yang hanya berusia 5000 tahun. Pinus Bristlecone tertua hanya bertahan hidup hingga 7.500 tahun namun membesar hingga 150 meter.

Jika umur pinus Bristlecone diukur dari garis pohon di rantingnya yang dipantau setiap tahun, umur cemara di Sweden pula diukur dari jejak radiokarbon di akarnya.


Jomon Sugi 2000-7000 tahun







Menurut wikipedia, Jomon sugi adalah pokok cemara tertua di Jepun dan ditemui pada tahun 1968, dengan tinggi 25,3 meter dengan volume 300 m kubik dianggarkan usianya antara 2000 – 7200 tahun terletak di Pulau Yakushima bahagian paling utara Jepun 40 minit dengan pesawat dari Bandar Udara Kagoshima.


Bristlecone Pine 4200 tahun




Pokok cemara atau pine (pinus ) merupakan pohon dari keluarga Pinaceae yang boleh kita temui di mana sahaja asalkan daerah itu tanahnya berpasir berkapur , banyak air ataupun yang mempunyai kadar keasaman cukup tinggi.
Kita boleh menemui pokok ini mulai dari Siberia, Scotland, Norway, kepulauan Canary, Filipina, pergunungan Himalaya sehingga ke New Zealand, Brazil dan Chili.

Pokok ini memang tenar kerana selain dapat hidup dimana-mana juga mempunyai pasaran yang sangat tinggi dalam industri perkayuan. Semua bahagian pokok cemara boleh dimanfaatkan mulai dari kayu,getah , ranting,biji hingga daunnya mempunyai kegunaan yang bernilai ekonomi.
Pokok cemara adalah salah satu pokok yang berumur panjang kerana boleh mencecah umur kira-kira 100-1000 tahun dan malah mencatat rekod menjadi pokok tertua di dunia iaitu pokok cemara dari spesies Great Basin Bristlecone Pine ( Pinus longaeva ) yang pada tahun 2008 berumur 4840 tahun.
Pokok ini tingginya antara 3-80 meter tetapi kebanyakan tingginya 15-45 meter. Pokok tertinggi dari spesies Sugar Pine manakal yang terpendek adalah cemara Potosi Pinyon dan Siberian Dwarf Pine

No comments:

Post a Comment