All About Me

My photo
A fun, loving person with a good sense of humor. Casual and modern wear depand on mood, wear specs when i need it, 58kg, 168cm. fit well with my height & weight. i can be simple too. since i have came to a different stage of life, i had forced myself to change, to be a better person. This blog is all about me, frenz activity and my small business with my fren, i enjoy cooking and love food so much i believe everyone can cook if u cook by your heart... 我爱你们...I love u all... ku sayau ke kita smua... aku sayang kamu...

Tuesday, May 5, 2009

Antara Minat, Suka, Sayang dan Cinta


MINAT
Ada sesuatu pada diri org itu yang menarik perhatian kita untuk mendekati dan mengenalinya dengan lebih dekat. (Erti kata lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat istimewa, peribadi atau tingkah laku yang kita mahukan dan membuat kita ingin mengenali hatinya)


SUKA

Bila minat tu dah memutik kat hati pasti kita sukakan dia kerana org itu mempunyai sikap kelakar, periang dan manja si dia. Bila bersama dengan si dia, kita akan rasa dunia ni milik berdua jer penuh dgn keriangan dan gelak tawa bersama ada2 saja benda yg nak dikosing bersama.(Erti kata lain : suka ditujukan kepada seseorang yang boleh membuat kita tersenyum disaat bersama si dia)

SAYANG
Bila dah suka pasti kita akan rasa sayang pada si dia. Disaat ini lah kita memerlukan si dia dimasa ingin berkongsi rasa hati dan kisah duka kita bersama. Selalunya kita akan sayangkan si dia yang menjadi TELINGA kepada masalah kita dan si dia yg sentiasa mengambil berat tentang kita. (Erti kata lain : sayang ditujukan kepada si dia yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan menyayangi kita seadanya serta sanggup berkorban demi kita yg disayanginya)

CINTA

Cinta itu indah sekali andai ia wujud dalam hati antara dua insan yg penting ia datang dari keikhlasan hati yg tulus suci. Kita memang mengharapkan si dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau boleh nak dia tahu dan kita seboleh mungkin tak nak sakitkan hati si dia. Kita akan sentiasa terfikir tentang dirinya apa yg dia buat sekarang dan adakah dia rindu dgn kita. (Erti kata lain : cinta kita terhadapsi dia yang kita selalu ingat dan ambil berat tentang dia serta asyik termimpi akan kehadirannya. Tanpa si dia yg kita cinta akan rasa sunyi dan kita ingin selalu bersama si dia dalam suka dan duka, jarak tak pernah jadi penghalang dlm sesebuah hubungan cinta)

Mengenali dirimu telah membuat hidupku begitu bermakna sekali, jarak perhubungan itu bukan satu permasalah antara kita yg penting kesetian serta kasih sayang dan juga pengorbanan.... Dari perasaan MINAT padamu Aku mula SUKA akan sikapmu dan muncul lah perasaan SAYANG yg amat dalam terhadap diri mu syg hingga memutihkan CINTA dalam hati masing-masing.

No comments:

Post a Comment