All About Me

My photo
A fun, loving person with a good sense of humor. Casual and modern wear depand on mood, wear specs when i need it, 58kg, 168cm. fit well with my height & weight. i can be simple too. since i have came to a different stage of life, i had forced myself to change, to be a better person. This blog is all about me, frenz activity and my small business with my fren, i enjoy cooking and love food so much i believe everyone can cook if u cook by your heart... 我爱你们...I love u all... ku sayau ke kita smua... aku sayang kamu...

Wednesday, November 23, 2011

Bubur Halia Bebola Daging




Hari ni jom bersama saya dgn menu Bubur Halia Bebola Daging(Ayam)... Sesuai pada musim hujan ni sarapan pagi :) senang dah mudah disediakan buat kuarga atau org tersayang...

Bahan2nya:
2sudu minyak masak atau minyak bijan
2inci halia dihiris halus
10biji Bebola ayam atau daging
1gelas sup pati ayam
kobis (dihiris)
Lobak Masin (dlm tin)
Telur padi (Century Egg)
garam dan perisa secukupnya



Selamat mencuba.... Sarapan bubur seimbang buat org tersayang. simple recipe for simple person like us :)

Thursday, November 17, 2011

I Mizz My Famili



Berapa hari yg lepas aku berkesempatan balik ke sarawak utk melepaskan kerinduan buat kuarga tercinta dan juga anak2 buah yg cute lama tak jumpa mereka, semua dah besar hampir 6bulan tak balik....
Mak lah org yg paling gembira bila dengar kepulangan anak nya ini :)


Saya tak lepaskan peluang bersama kuarga pergi ke Mall yg baru opening pada 11.11.11 Giant...Byk perubahan kat Miri, Giant kini dah di buka di permyjaya Mall cantik sekali...jalan raya dah di lebarkan besar agar tak menyebabkan kesesakkan jalan raya masa balik keja.... I Love MIRI City my hometown...

Doa ku buat kuarga tersayang:
TUHAN ENGKAU MAHA MENGETAHUI rencana manusia..terima kasih TUHAN kerana ENGKAU mengasihi kami sebagai umat MU...Lindungi keluarga tercinta ku "ayah ibu adik abang kakak anak2 buahku kakak ipar abang ipar dan org2 yang ku sayangi" ...... Amen ......

Buat mama dan papa jgn risaukan anak mu disini, ku kan menjaga diri dgn baik demi mencapai sebuah harapan berjaya dalam kejaya yg ku impikan dulu... Pengorbanan mama dan papa dlm membantu merealisasi kan impian ku akan ku balas nanti :) Love you mom and papa.... walaupun jauh hatiku sentiasa menyayangi dan merindui kamu berdua.... Buat anak2 buah yg tercinta belajar rajin2 k.... Hug and Love... GOD BLESS WE ALL...

Telur Kukus Special

Hii teman2 bloger lama tak post cos beberapa minggu ini saya sibuk dgn kedai baru yg akan dibuka tak lama lagi, so bagi yg meminati masakan sarawak atau kek lapis sarawak, cup cake serta donat dtg lah berkunjung ke kedai kami nanti ya :)

Di sini saya ingin shared satu lagi resipi simple utk yg pasti utk kuarga yg sibuk serta org bujang...






Bahan2nya:

3biji telur (dipukul hingga sebati)
3ulas bawang putih
3biji nugget tempura ayam
daun bawang
perasa maggie secukup rasa
lada secukupnya
minyak secukupnya

Cara membuatnya:
Telur dipukul hingga sebati bersama dengan maggie secukup rasa dan lada biar ke tepi...
sekarang panas kan kuali masuk minyak, then bawang lepas dah kekuningan masuk kan nugget tadi kacau rata goreng hingga garing sikit then masuk perasa maggie dan lada, akhir sekali masuk kan daun bawang yg dihiris halus tadi... padam api dan gaul bahan goreng tadi dgn telur tadi kemudian steam hingga masak...

So enjoy it, simple recipe for simple person like us...

Sunday, September 25, 2011

Terima Kasih......



Untuk orang yang MENYAYANGI ku:
Terima Kasih telah membuatkan hidupku sempurna.

Untuk orang yang pernah MENYAKITI ku:
Terima Kasih telah mengajarkan erti kesabaran dan semoga kamu tidak akan pernah merasakan sakit yang aku rasakan.

Untuk orang yang pernah AKU SAKITI:
Maafkanlah kekhilafanku, Aku hanyalah manusia yang jauh dari kesempurnaan.

Untuk SAHABAT ku:
Mungkin kita memiliki banyak perbezaan, namun tak dapat dinafikan lagi kalau aku sangat memerlukanmu.

Untuk orang yang pernah MENCINTAI ku:
Terima Kasih telah mengajarku erti cinta.

Thursday, September 22, 2011

Zee Avi - Mee Kolok Sigek



Zee Avi yang pernah menggegarkan industri muzik tempatan dengan lagunya Bitterheart dan Kantoi telah muncul dengan album kedua beliau yang berjudul Ghostbird. Bakatnya yang ditemui menerusi Youtube ini mempetaruhkan single pertama berjudul The Book of Morris Johnson, Zee Avi juga tidak melupakan asal usul beliau apabila turut menyelitkan sebuah lagu yang dinyanyikan dalam bahasa Sarawak yang berjudul Siboh Kitak Nangis. Album yang memuatkan 11 lagu ini mendapat sentuhan daripada penerbit terkenal Bebel Gilberto dan Mario Caldato, Jr yang sebelum ini pernah menerbitkan album untuk Beastie Boys dan lain-lain lagi. Kamek Bangga adanya anak sarawak yg berjaya dipersada dunia muzik antarabangsa... God Bless You Zee Avi... Kamek tertarik ngan lagu Mee Kolok Sigek (maksudnya mee kolok satu lagi) khas buat semua member di sarawak, setiap pagi sebelum keja mesti makan mee kolok tak kira yg biasa atau yg special...


http://www.youtube.com/watch?v=wAtzh7rPfMI&feature=related


Datang ke Kota Kuching untuk cari ilham
Datang ke Kota Kuching mencarik arah perjalanan
Di Kota Kuching idup memang lagik tenang
Di Kota Kuching kita mencarik pengertian

Bungkus mee kolok sigek pakei makan pagi
Malam tok kita begumpul di depan rumah Ali

Kita beloya
Kita bekelakar
Lamak sik nengar cerita

Lamak sik jumpa
Lamak sik nangga
Padah lok apa berita

Hujung minggu tok kita rami-rami pergi pantei
Tapi ari tok kita nait penambang seberang sungei
Sungei menjadi pembahagi dua idup berbeza

Tapi akhir kata
Kita semua sama
Kita semua sama...

Negeri Sarawak akan selalu dekat di hati ku
Di mana jua kan ku berada tak akan lupa
Bumiii... Kenyaaalang ku
Bumiiii... Kenyaaalangggg... ku...

Sunday, September 18, 2011

KAWAN


Kawan...

1) kawan tu bkn mcm main FUTSAL.
Mula-mula kejar... dah dapat sepak...


2) kawan tu bkn mcm main SKATE .
Mula-mula gosok.. . lepas tu pijak...

3) kawan tu bkn mcm main RAGBI.
Mula-mula tangkap.. . dah dapat tendang.. .

4) kawan tu bknnya mcm PAMPERS .
dah pakai,buang.. .

5) kawan tu bknnya mcm BARANG KEMAS .
Waktu baru beli pakai. .. Dah sengkek gadai. ..

6) kawan tu bkn mcm PELANGI .
Hari cerah takde.. . hujan gerimis baru muncul...

7) kawan tu bkn mcm KERETA .
Rosak skit,jual. .. ambik kereta baru.. .

8) kawan tu bkn mcm CHIPSMORE .
kejap ade kejap takde.. .

9) kawan tu bkn mcm BANK .
Bila dah takde duit,pegi kat sana ambik. ...

10)lagi...kawan tu mcm ape ye????

Haa.. . kawan tu mcm AWAK LA . .
bila saya hantar msg, awak akan baca msg saya dgn teliti sampai
habis...dan tersenyum2...

Walau ape pun tanggapan org tentang kawan...
bagi saya,kawan tu penting.
Seorang kawan takkan biarkan kawan dia menangis,
sedih,berduka dan sebagainya.
Kawan yg sejati adalah seorang kawan yang dapat diajak duduk dan
berbincang tentang pelbagai perkara.....

Terima kasih kawan atas segalanya ;) Miss u All

Sunway Pyramid Meriah....


Meriahnya di Sunway Pyramid hari ni mcm2 aktiviti di anjurkan oleh Sunway... hari ni sebab nak beli barang kat Jusco kat Sunway ngan kawan tak lepaskan peluang tgok adik2 comel ni buat persembahan yg dianjurkan oleh taska mereka "REAL KIDS GOT TALENT" memang berbakat sekali tarian mereka 1malaysia :) tahniah buat adik2 kita.... selain tarian ada juga aktiviti seperti pertandingan mewarna dianjurkan...



The world''s best 16 freestyle footballers take part in the 1st World Freestyle Football Championship (WFFC) Tour 2011 yg berlangsung hari ini dan semalam di sunway Pyramid.... semua peserta dari United States, Sweden, England, Hungary, Australia, South Korea, France, Poland, South Africa, Brazil and Japan serta Malaysia...
Meriah bebbbb saya amat kagum dengan cara mereka mengimbangi bola tersebut dgn gaya gerak badan mengikut muzik... class gitu...

3 Pokok Tertua Di Dunia

Spruce Ione Norway 9550 tahun






Tingginya hanya 4 meter, namun sebatang pokok jenis cemara, yang masih hidup di Sweden , diketahui berusia 9.550 tahun. Hidup sejak akhir zaman ais, pokok tersebut tercatat sebagai yang tertua di dunia pada masa ini.

Spesies pohon spruce Ione Norway ini ditemui pada tahun 2004. Para pengkaji menemuinya di sekitar semak-semak pergunungan pada ketinggian 910 meter di Provinsi Dalarna , Sweden . Pokok ini adalah biasa kerana penduduk sering digunakan sebagai pokok Natal .

“Usianya yang sangat panjang kemungkinan besar dicatat pada kemampuannya mengklon diri sendiri,” ujar Leif Kullman, profesor eologi dan persekitaran hidup di Universiti Umea , Sweden . Batang dan rantingnya memang diketahui dapat bertahan hidup hingga 600 tahun. Kullman menjelaskan, semasa batangnya mati, batang baru akan dibentuk dari akarnya sehingga umurnya menjadi sangat panjang.
Pokok ini lebih tua dari pinus Bristlecone di White Mountain California yang hanya berusia 5000 tahun. Pinus Bristlecone tertua hanya bertahan hidup hingga 7.500 tahun namun membesar hingga 150 meter.

Jika umur pinus Bristlecone diukur dari garis pohon di rantingnya yang dipantau setiap tahun, umur cemara di Sweden pula diukur dari jejak radiokarbon di akarnya.


Jomon Sugi 2000-7000 tahun







Menurut wikipedia, Jomon sugi adalah pokok cemara tertua di Jepun dan ditemui pada tahun 1968, dengan tinggi 25,3 meter dengan volume 300 m kubik dianggarkan usianya antara 2000 – 7200 tahun terletak di Pulau Yakushima bahagian paling utara Jepun 40 minit dengan pesawat dari Bandar Udara Kagoshima.


Bristlecone Pine 4200 tahun




Pokok cemara atau pine (pinus ) merupakan pohon dari keluarga Pinaceae yang boleh kita temui di mana sahaja asalkan daerah itu tanahnya berpasir berkapur , banyak air ataupun yang mempunyai kadar keasaman cukup tinggi.
Kita boleh menemui pokok ini mulai dari Siberia, Scotland, Norway, kepulauan Canary, Filipina, pergunungan Himalaya sehingga ke New Zealand, Brazil dan Chili.

Pokok ini memang tenar kerana selain dapat hidup dimana-mana juga mempunyai pasaran yang sangat tinggi dalam industri perkayuan. Semua bahagian pokok cemara boleh dimanfaatkan mulai dari kayu,getah , ranting,biji hingga daunnya mempunyai kegunaan yang bernilai ekonomi.
Pokok cemara adalah salah satu pokok yang berumur panjang kerana boleh mencecah umur kira-kira 100-1000 tahun dan malah mencatat rekod menjadi pokok tertua di dunia iaitu pokok cemara dari spesies Great Basin Bristlecone Pine ( Pinus longaeva ) yang pada tahun 2008 berumur 4840 tahun.
Pokok ini tingginya antara 3-80 meter tetapi kebanyakan tingginya 15-45 meter. Pokok tertinggi dari spesies Sugar Pine manakal yang terpendek adalah cemara Potosi Pinyon dan Siberian Dwarf Pine

Sunday, September 4, 2011

Jalan2 kat Subang Parade Shopping Mall


Penatnya tunggu KTM dah sekian slow sgt hari ni gara2 nak pergi Subang Jaya lepaskan kebosanan kat umah tak tahu nak wat apa tapi best juga jalan2 petang kat subang jaya, singgah lah kat subang parade shopping mall... sambil jalan tu kita terdengar irama ghazal yg indah sekali rupanya kat bawah tu ada kumpulan Ghazal 51 membuat persembahan utk minggu ini... best sangat dengar muzik mereka macam kat padang pasir... setiap hujung minggu sabtu dan ahad sempena raya ni ada byk rupanya kumpulan muzik irama ghazal dan pandang pasir membuat persembahan rupanya.... but today last show bagi penutupannya yg dipersembahkan oleh Kumpulan empat anak muda yg berbakat besar ni yg menamakan kumpulan mereka "Ghazal 51"




Bagi peminat wayang tak lama lagi adalah pawagam terbaru kat subang parade "MBO Cinemas" opening soon this 8th September 2011.... sempat juga naik tgok kat atas, kita tertarik dgn charity yg dianjurkan oleh MBO Cinemas...
"Cans Film Festival MBO CINEMAS @ Subang Parade 8 to 15sept 2011"
Bring as many cans food to MBO Cinemas @ subang parade to exchange for re-run movie ticket at the end of the campaign collections of cans will be given to charity as donation....(must be halal cans food) for more info just log on to www.mbocinemas.com





Sedutan persembahan Ghazal51 di Subang Parade (4th sept 2011)

Tahukah Anda Makanan Penghilang Bau Badan

Bau badan merupakan masalah yang dapat menurunkan tingkat kepercayaan diri seseorang. Bau tidak sedap yang dikeluarkan dari tubuh adalah disebabkan karena banyak hal.

Salah satu faktor yang menyebabkan bau badan adalah makanan. Dikutip dari hoswtuffworks, jenis bawang-bawangan, kunyit, daging merah dan makanan pedas, merupakan makanan pemicu aroma yang tidak sedap. Untuk itu, Anda perlu mencegah makanan yang disebutkan tadi, setidaknya mengurangi makanan-makanan tersebut.

Namun, ada juga makanan yang dapat mencegah bau badan. Apa sajakah itu? Berikut empat makanan yang dapat memngurangkan aroma tubuh yang kurang sedap.

Tomato
Tomato merupakan antiseptik alami yang dapat membunuh berbagai macam bakteria, termasuk bakteria yang membuat tubuh beraroma kurang sedap. Seperti dikutip Curebum, bau badan boleh hilang dengan sering minum jus tomato. Disarankan minum jus tomato sebanyak tiga kali sehari. Jus tomato tidak hanya diminum, tapi boleh juga dicampurkan dalam bathtub, sebagai penambah ritual mandi Anda.


Teh hijau
Bau badan mungkin disebabkan oleh faktor lingkungan, seperti polusi, matahari dan debu. Bau badan karena faktor lingkungan dapat diatasi dengan bahan yang mengandung antioksidan. Antioksidan yang baik untuk mengalahkan aroma tidak sedap pada tubuh adalah teh hijau. Teh hijau juga memiliki aroma khas. Bila rajin meminumnya, maka bau segar dari teh hijau dapat keluar dari dalam tubuh.

Seledri
Seperti dikutip Foodscout, daun seledri dapat melawan bau badan. Kandungan seledri dapat melawan racun yang ada di dalam tubuh penyebab bau badan. Jadi, jangan lupa memasukkan seledri dalam makanan sehat Anda.

Jus rumput
Jenis rumput tertentu dapat dijadikan sebagai minuman. Mungkin kedengarannya aneh, tapi jus rumput sudah banyak dijual di gerai minuman yang ada di mall-mall, khasiat jus rumput dipercaya dapat mengatasi aroma tidak sedap pada tubuh.

我没有怪过你

很多事情在常规的前提下、不是事情在变,
而是时间在无形的改变一个人对一些事情的想法,
不是我对你的心变了,而是在时间的迫使下我不得不淡化对你的坚持,
也就是你真正的让我改变了, 想珍惜一段感情到最后却无一所获...

每个寂寞的夜里, 我要寻找我遗失的快乐,
每个寂寞的夜里, 我穿梭在城市的每一个角落,
我只有等待, 等待解救我的天使出现, 将我带离黑暗...

不要说对我说谢谢,我对你做的,都是我应该做的,
也不要对我说对不起,你对我做的,都是你认为对的,
受的伤我会一个人躲在角落里自己疗,不管多累多苦,
我都会坚持,路是我自己选择的...
谢谢你的不珍惜,让我学会了放弃,
让我更加疼爱我自己...
我会好好的,你放心...我没有怪过你...

Keroz Nazri - Suatu Hari Nanti


Tersentuh hatiku bila terfikirkan kamu
Kau akan bersandar padaku
Saat kau lelah

Ingatkah dirimu pada waktu-waktu dulu
Aku akan menyambutmu
Di saat kau jatuh

Akulah aku...
Yang slalu membuat kau tersenyum
Walaupun sering ku terluka
Tapi tak mengapa

Akulah aku...
Kan slalu hadir untukmu

Moga nanti suatu hari
Kau akan sedari...


Sebuah lagu yang amat ku minati sentuhan muzik yg tenang bersama lirik yg puitis khas buat insan yg teramat kita cintai...

一份爱情能坚持多久没有人知道,也许是几天,也许是几年,也许是一辈子..这一份执着的爱情,我也不知道要坚持到什么时候,但却深深的感动了我,可是我却没法给你一种真实的爱情。可我希望你永远快乐,幸福...


Saturday, September 3, 2011

Cucur Ikan Bilis Istimewa KNORR

Ruangan Jom Makan Saya Kali ni saya nak share resipi kegemaran seisi kuarga saya iaitu Cucur Ikan Bilis Istimewa... Saya ubah sedikit resipi ni menggunakan perasa KNORR pasti sedap memang tak menghampa kan sedappppp... KNORR sesuai utk semua masakan jika anda tahu cara menggunakan nya... Here The simple recipe for simple person like us...

Bahan2 nya:
2 gelas tepung (1/2kg)
3 sudu makan tepung beras
2 biji telur
ikan bilis secukupnya (goreng dan tumbuk halus)
2 biji bawang merah (dihiris halus)
3 batang cili merah (dihiris halus)
Jagung secukupnya
1/2 batang carrot (dihiris halus)
daun bawang secukupnya (dihiris halus)
KNORR pasti sedap secukupnya
Air secukupnya utk membancuh andunan
Minyak Masak

Cara2 nya:
Masukkan tepung, tepung beras dan telur ke dalam mangkuk dan bacuh dgn air gaul sehingga andunan menjadi sebati dan tak pekat tak cair. Kemudian masuk kan KNORR pasti sedap secukupnya disertai dgn semua bahan seperti bawang cili jagung carrot daun bawang dan ikan bilis gaul semua nya hingga menjadi sebati..
Sementara tu panaskan minyak di kualai, masuk kan andunan tadi menggunakan sudu makan satu persatu dan goreng hingga kekuningan... Cucur ni sedap jika dimakan masa panas dan dicecah dgn sos cili atau cili padi..saya juga menambahkan carrot supaya menyerikan warna pada cucur tersebut dan berkhasiat..

Selamat mencuba my resipi, it simple and easy!
Simple recipe for simple person like US!!!!
jom minum petang bersama saya :)

Info utk semua : Elak jadi mangsa strok haba



CUACA PANAS MEMBERI TEKANAN FIZIKAL KEPADA TUBUH MANUSIA!
Kesan terhadap kesihatan boleh jadi dari tahap sederhana kepada yang boleh menyebabkan maut contohnya akibat strok haba. Kumpulan yang lebih berisiko adalah mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar.

RISIKO 10 KALI GANDA bagi mereka yang berumur lebih daripada 40 tahun,
kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah, Penghidap penyakit sistem pernafasan,
Penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.

GEJALA CUACA PANAS MELAMPAU
1. Sakit kepala
2. Keletihan
3. Lemah tumpuan
4. Pening
5. Lemah otot–otot atau kekejangan
6. Mual dan muntah Keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan dan tidak sedarkan diri (koma).




MENGURANGKAN KESAN TERHADAP KESIHATAN
- Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan. Jangan tunggu sehingga anda dahaga.
- Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.
- Sejauh yang mana yang boleh, anda perlu berada di dalam rumah/bangunan.
- Hadkan aktiviti luar Dan Kerap berehat.
- Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan anda Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang dan longgar.
- Pakai topi atau payung yang besar.

ELAKKAN!
1. Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi.
2. Membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup.
3. Bersenam dalam cuaca panas

PETUA-PETUA JIKA MENGALAMI MASALAH BERKAITAN DENGAN SUHU PANAS
1. Keluar dari kawasan yang panas
2. Tanggalkan pakaian yang ketat
3. Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan
4. Gunakan kipas untuk sejukkan badan
5. Minum air setiap 15 minit
6. Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal