Tentang Aku,Teman dan Aktiviti..... (Leaf Station Home Bakery)... 我的世界,我的故事... Everything bout Me,Frenz,Activity and Business...
All About Me
- Dannie Marcus Virgilio
- A fun, loving person with a good sense of humor. Casual and modern wear depand on mood, wear specs when i need it, 58kg, 168cm. fit well with my height & weight. i can be simple too. since i have came to a different stage of life, i had forced myself to change, to be a better person. This blog is all about me, frenz activity and my small business with my fren, i enjoy cooking and love food so much i believe everyone can cook if u cook by your heart... 我爱你们...I love u all... ku sayau ke kita smua... aku sayang kamu...
Wednesday, August 31, 2011
Ikan Masak Pansut
Di ruangan jom makan kali ni kita nak share resipi ikan pansut yg kita belajar dari kakak sbb Hari ini kita dapat ikan sungai pemberian teman2 yg baru balik dari kampung.... Pansut sejenis masakkan org sarawak yg popular kerna ia menggunakan buluh utk memasak daging ayam atau ikan... aroma yg sedap akan dapat anda hidu bila masak cara pansut...
Bahan2 nya...
3 inci halia
1 inci kunyit
2 batang serai
5 ulas bawang putih
1 batang sengkuas
asam jawa (ambil airnya)
Pucuk daun ubit di tumbuk halus
Garam dan ajinamoto secukup rasa
seekor ikan sungai (smua jenis ikan sungai)
Buluh dan daun pisang
Gaulkan semua bahan yg telah ditumbuk halus tadi dan perap pada ikan selama 30minit... masukkan isi ikan tadi ke dalam buluh dan tutup lubang tadi dgn daun pisang... bakar dengan api yg sederhana sampai masak.... selamat mencuba yaaaa... SALAM MERDEKA DARI SAYA...
Info Kesihatan Badan
Benarkah lelaki lebih mudah mengalami masalah bau badan?
-Mengapa badan lelaki lebih cenderung berbau berbanding badan wanita? Salah satu faktornya adalah kadar hormon testosteron lelaki lebih tinggi. Hormon ini mempengaruhi aktiviti dari kelenjar aprokin untuk menghasilkan peluh. Selain itu juga kaum lelaki ada sesetengahnya kurang mementingkan soal kebersihan tubuh badan mereka. Namun masalah bau badan ini pada asasnya bergantung pada individu itu sendiri dalam menjaga kebersihan diri.
Ketahui Penyebab Bau Badan
Ketahui Penyebab Bau Badan
- Udara yang panas dan lembap seringkali menyebabkan badan kita tidak selesa ini menyebabkan kita mudah berpeluh sehingga menyebabkan bau badan.
- Pada awalnya peluh yg keluar tidak berbau tetapi badan akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan apabila berlakukan pembiakan bakteria..
- Tidak dinafikan juga faktor pemakanan seperti makan makanan pedas, bawang, alkohol dan keturunan serta persekitaran juga menyebabkan seseorg mudah mengalami masalah bau badan.
Berikut Beberapa Tips Membantu Anda Dalam Menyelesaikan Masalah Bau Badan.
1. Mandi sekurang-kurangnya 3kali sehari bagi yg kuat berpeluh, dan 2kali bagi yg normal serta lap lah tuala yg bersih dan kering. Pastikan tuala anda dicuci setiap 3hari sekali.
2. Selepas bersenam atau melakukan aktiviti luar biasakan diri utk mandi. Minum byk air dan pastikan utk melakukan proses pendinginan badan.
3. Gunakan pewangi, losen badan, bedak yg sesuai dgn anda atau deodoran yg mengandungi anti bakteria atau perspirant. Pastikan bahan tersebut tidak terjadi keradangan atau reaksi pada kulit anda....
4. Pakai pakaian yg bersih dan tidak lembap agar tidak mengundang bakteria pada kulit.
5. Jika perlu cukur bulu dibahagian yg mudah berkumpul bakteria seperti ketiak dan bahagian alat sulit, gunakan sabun anti septik membersihkan tubuh dibahagian tersebut.
6. Makan byk sayur-sayuran dan juga minum byk air, pastikan kurangkan makan makanan yg boleh mendatangkan bau badan seperti makanan yg pedas dan bermpah.
Selamat mencuba tips tersebut kerna menjaga kebersihan diri bukan hanya wanita sahaja, zaman sekarang lelaki juga harus pentingkan kebersihan diri juga apa salah nya jika andan ingin manjakan diri anda ke salon atau spa.... salam manis dari saya..
Selamat menyambut kemerdekaan kali ke 54
Tema Tahun ini:
1Malaysia :
"Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera"
Selamat menyabut kemerdekaan ke-54
Merdeka!! Mederka!! Merdeka!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Selamat menyambut MERDEKA RAYA 2011. Aidil fitri tahun ini lebih bermakna kerana negara kita akan menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke 54 bersama dgn sambutan Raya.
Marilah sama-sama kita menghayati erti kemerdekaan dari sudut kebebasan dari pihak penjajah dan negara Malaysia yang berdaulat untuk memastikan kemajuan dan kemakmuran Malaysia berterusan. Bulan inilah yang mengenangkan kita pada jasa-jasa tokoh negara yang banyak memperjuangkan nasib nusa bangsa disamping membangunkan negara serta pejuang-pejuang negara yg telah berkorban demi negara tercinta....
Monday, August 29, 2011
你的心变了
Selamat Hari Raya Aidilfitri (30.08.2011)
Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua member2 dan teman serta ahli keluarga yang beragama islam.... Semoga Hari Raya Yang akan disambut esok (30th August 2011) membawa seribu kemanisan buat semua....
Andai jemari tak sempat berjabat.
Jika raga tak bisa bersua.
Bila Ada kata membekas luka.
Semoga pintu maaf masih terbuka.
Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Thursday, August 18, 2011
Animals are often much more kind and caring than humans
Friday, August 12, 2011
Biskut D Leaf Az Enterprise
Kek Lapis Sarawak D Leaf Az
kek lapis ChocoBerry
kek lapis Madu Belang
Kek lapis Tembikai
kek lapis Sisik Ikan
kek lapis Masam Manis
Dapatkan Kek lapis sarawak yg bermutu dan sedap di D Leaf Az Enterprise.
Kek lapis or layered cakes is best known as the sarawakian most famous cuisine that was traditionally served as the common menu for the special occasion such as during the hari raya, chrismas day, wedding and birthday. They were also known in various name such as "Kek Lapis Sarawak" or "Kek Lapis Moden Sarawak"
Sekarang orang ramai seluruh malaysia sudah mula menikmati kek lapis tak mengira hari perayaan atau pun hari biasa ini kerna keenakan nya serta warna nya yg begitu menarik dan sedap mata memandang....
Beraneka warna, Beraneka Rupa, Beraneka Rasa
Sekali rasa nak lagi.....
Tempah Sekarang ada byk lagi kan saya upload pic nya :)
Tuesday, August 9, 2011
Berbuka Puasa With my Frenz
Awal lagi kita dah prepair nak masak menu apa hari ni cos member kata nak berbuka kat umah heheheee satu kejutan lah.... Biasa kami semua berbilang bangsa so bila member nak berbuka mesti seronok cos merasa kemeriahan puasa tu....
Menu ptg ni i masak:
01. udang goreng berempah
02. popia daging
03. sup tauhu kering
04. ikan masin bercili
05. kangkung goreng belacan....
06. kek bread coklat dan air sirap oren
Selamat Berbuka Puasa...
Simple Breakfast menu
Monday, August 8, 2011
Wantan Ayam
Hii teman2 ku tersayang, hari puasa ni apa kata menu berbuka tu kita buat wantan ayam atau daging...kalau makan kat kedai rasa tak cukup cos berapa biji saja.... kalau buat sendiri mmmmm dua mangkuk pun boleh :)
Bahan2:
Daging @ daging ayam kisar
bawang merah dihiris halus
bawang putih dihiris halus
daun bawang hijau
serbuk lada putih
garam dan ajinomoto
kulit wantan
minyak bawang
cara masak dia ikut urutan gambar ya senang saja....kalau nak berkuah bagi kuah sup ayam, kalau nak kering gaulkan wantan tadi ngan minyak bawang yg diberi sedikit serbuk perasa ajinomoto....
selamat mencuba.... :)
Subscribe to:
Posts (Atom)