All About Me

My photo
A fun, loving person with a good sense of humor. Casual and modern wear depand on mood, wear specs when i need it, 58kg, 168cm. fit well with my height & weight. i can be simple too. since i have came to a different stage of life, i had forced myself to change, to be a better person. This blog is all about me, frenz activity and my small business with my fren, i enjoy cooking and love food so much i believe everyone can cook if u cook by your heart... 我爱你们...I love u all... ku sayau ke kita smua... aku sayang kamu...

Wednesday, June 17, 2009

(Kecurangan) salah siapa?

Salah siapa bila berlaku kecurangan dalam suatu perhubungan. Ini lah sering berlaku dimana-mana saja tak kira seteguh mana pun iman org itu akan tergugak juga... masalah sebeginilah yang paling menyakitkan serta serius dalam sesuatu hubungan cinta atau perkhawinan. Walaupun pasangan tersebut mengambil keputusan untuk bersatu kembali dalam usaha utk menyelamatkan keadaan namun dalam hati masih tercalar, sukar untuk masing2 menerima hakikat kecurangan dulu membayangi kehidupan harian.

Perkara seperti ini lah yang selalu mencetus perselisihan faham dan menjadi ungkitan bila permasalah tercetus antara pasangan tersebut. Kecurangan boleh berlaku apabila ada permasalahan dalam sesuatu hubungan atau kekecewaan dalam hal-hal tertentu yang tidak memenuhi hati pasangan masing2. sesetengah pasangan yang tertekan dalam hubungan tersebut sudah pasti inginkan perhatian serta menuntut kasih sayang dari pasangan tetapi kurang memberikan perhatian, boleh tertarik pada perempuan atau lelaki lain yang dapat memberinya perhatian serta kasih sayang yg berbeza dan istimewa. Perkara begini lah yg membuatkan seseorang untuk berlaku curang, ia adalah kerana situasi sekeliling atau juga dalaman individu itu sendiri akhirnya keluarga serta hubungan cinta musnah dan anak2 dan org tercinta diabaikan.

Sesuatu hubungan yg bermasalah harus kah diteruskan apabila sebelah pihak sudah tiada lagi kasih sayang seperti dulu, haruskah dalam diam kita curang bila ada pihak tertentu yg sudi mendengar luahan rasa dan sudi memberi kasih bila diperlukan sedangkan kecurangan itu telah terjadi siapa harus dipersalahkan dalam hubungan ini.....bagaimana juga perasaan org ketiga itu bila dia sedar akan sikapnya itu meruntuhkan kebahagian org....apakah perasaan nya andai dia mengetahui dirinya hanya diperlukan bila saat individu tersebut dalam keadaan tertekan dgn rumahtangga lalu mencarinya sekadar tmpt memuaskan hati tanpa ikatan apa2...

Bila hubungan tersebut dihidu ini lah yg kita sering lihat penceraian serta hubungan percintaan akan terputus. Orang yg trauma sudah pasti individu yg tak pernah menyangka insan yg dicintai itu bersikap begitu. Kesimpulan nya kita berusaha dalam mengeratkan lagi hubungan suami isteri atau pasangan kekasih dari segi sering memberi perhatian sedia memberi dan meneriama serta memaafkan kesilapan masing2, jgn sekali mengungkit keburukan masing2 sebalik nya imbas lah kebaikan insan yg kita cintai agar hubungan yg harmoni akan terjalin keintiman berkekalan....disamping itu jaga lah perwatakan yg menarik agar org yg kita sayang tak jemu utk bersama....

1 comment:

  1. LELAKI HARUS DISALAHKAN!!!!BUANG MASA SAJA MEMBINCANGKAN PERKARA YG MEMANG MEMUALKAN!!!

    ReplyDelete